Saturday, April 30, 2011

apa yang dah saya buat !!!

hari nie ada macam yang x kena je ... apa yg dah ary buat kt dye , sampai dye xcontact ary langsung ... msj ary pon xblas  ... ermmmm ... ary ada wat silap kat dye kew ??? dari pagi tadi ary asyik tnggu je dye ... msj dye ,  call dye .. tp xde ape2 respon pon ... kalau ary ada wat silap kt dye sekali pon , jngan lah snyap mcm nie ... buat ary xdduk diam ... ary ada wat silap kew ?? tersalah ckp kowt ... ermmmm.. rasa mcm sunyi plak hari nie .. mn x nya ..selalunya ada lah jgak org yg sudi temankan ary , tapi semnjak nie.. mcm dah xmcm dulu ... mybe dye xbpe selesa kowt ... xboley tidor pon ada jgk malam nie .. yelah selalunya sebelum tdow , ary akan call dye , sbb nk dngr suara dye yg comey 2 .. haha... tp ary nie x lngsung ... ary ada baca kt wall dye td .. dye ckp dye xpndai nk pujuk org merajuk ... msj tue dye tujukan kt siapa , ary kew ?? ermm... xtahu lah ... ape2 pon kalau ary ada wat silap or wat dye terasa , ary mintk maaf sngt2 ... mybe dye xnak di gnggu kowt hari nie , ary kn fikir positif .. tapi ary xdapat tipu apa yang ary rasa sekarang .. ary rindukan dye ... rindukan suara dye ... tapi nak buat mcm mn , mungkin apa yang dah berlaku nie , adalah takdir untuk ary hadapinya .. so ary hnya mampu berdoa n kuatkan diri ary je ... merajuk2 nak gy mana !!! hahaha ..

jiwang2 nk gy mna !!!!

Erm... 
Salam sumer.. ary suka la berjiwang dalam ruangan blog ni.. bukannya apa, ary ni tak la pandai sangat nak berkarang2 jiwang yang boley meruntuhkan KLCC (haha) tapi saja ja nak berkongsi sedikit sebanyak apa yang terperuk dalam hati hamba Allah nie .. 



  1. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
  2. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...
  3. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
  4. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
  5. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
  6. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
  7. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
  8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
  9. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
  10. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
  11. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

ermmm... nie je kowt yang dapat ary tuliskan ... bukannya ape , ape yg ary tulis nie ... adalah sikit mngenai ary nie ... selamat membaca !!! hahaha



luahan hati ..

Memang benar ary x tahu apa yang telah ary punyai sekarang sehinggalah ary kehilangannya dan juga betul kowt ary x tahu apa yang ary sedang rindukan sehinggalah " dye " datang dalam hidup ary ... Apa yang ary tahu cinta nie tidak pasti sama sekali , ary xtahu adakah dye menyintai ary ...walaupun ary mencintai dye ... ermmm ... Ary x harapkan cinta sebagai alasan , ary cuma dapat tnggu dan lihat sendri cinta itu akan mekar di dalam hatinya dye sendiri , tapi sekiranya ia tidak , ary akan tetap dan pastikan cinta ary kt dye akan terus mekar di dalam hati ary sendiri ... Btul jgak membe2 ary cakap .. " kita cuma ley ambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorng , satu jam untuk mnyukai seseorng , satu hari untuk menyintai seseorng ... tetapi ia akan mngambil masa yg agak lama untuk melupakan seseorng "


Friday, April 29, 2011

cinta seorang LELAKI !!!!



Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.   Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.   Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.   Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.   Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!   Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!   Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..  







 Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain tetapi sebaliknya apabila dengannya. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.USELESS.   Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai keanak-anakkan semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.   Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!   Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.   Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “sayang kite tak?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.   Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya..Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.   Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH insan bernama LELAKI dan terimalah mereka seadanya…     Ya allah, Kau bukalah pintu hatinya ya allah, Kau hanya Kau yang maha berkuasa lagi maha mengetahui, Amin ya rabbi alamin.